Friday, November 6, 2009

Sejarah SMK Tunku Sulong

0comments

Sekolah Menengah Tunku Sulong diasaskan pada 1 Jan 1971 dan diberi nama Sekolah Menengah Jeniang (SMJ). Bermula dengan 5 orang guru dan hanya mempunyai 3 kelas. SMJ kemudiannya menerima seramai 150 orang pelajar (dua aliran Melayu dan 1 aliran Inggeris).Sekolah ini berkembang pesat menjadi sekolah harian yang menjadi tumpuan penduduk di sekitar Jeniang.


Pembukaan Sekolah Menengah Jeniang (SMJ) telah berjaya menampung “lebihan” pelajar dari Sekolah Menengah Sik danSekolah Menengah Gurun serta menyelesaikan “masalah pengangkutan” pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman seperti Mukim Jeneri Sik . Pada peringkat awal penubuhannya SMJ terpaksa menumpang di SK Jeniang, SRJK(C) dan Dewan MPSP Jeniang . Pada tahun 1975, bangunan SMJ siap dibina di Pekan Jeniang.


Sekolah Menengah Tunku Sulong mendapat bekalan pelajar dari beberapa buah sekolah ‘Feeder” di sekitar Jeniang dan juga dari daerah Sik. Sekolah “Feeder” tersebut ialah

1) Sek. Keb. Jeniang(Pusat)

2) Sek. Ren. Jenis Keb.Cina Jeniang

3) Sek. Keb. Cemara

4) Sek. Keb. Kalai

5) Sek. Keb. Kota Bukit

6) Sek. Keb. Padang Cicak.



Pada tahun 1975 juga SMJ telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong, mengambil sempena nama salah seorang kerabat di raja Kedah iaitu Tengku Ibrahim atau nama timangannya Tunku Sulong.


Kini SMK Tunku Sulong mempunyai 39 kelas iaitu kelas-kelas tingkatan 1 hingga 6 yang terdiri daripada sesi pagi dan petang.Pada tahun 2008 satu blok bangunan 3 tingkat yang mengandungi Dewan dan 10 bilik darjah dibina untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Bangunan ini dijangka siap pada hujung tahun 2008. Pada tahun 2008, jumlah pelajar di SMK Tunku Sulong ialah 1352 orang pelajar manakala jumlah guru ialah 75 orang serta 11 orang staf sokongan.